Sabtu, 08 Desember 2012

KISAH NYATA !!! GADIS JELITA TERBAKAR !! BALASAN TOLAK HUKUM ALLAH SWT

Pada suatu hari, seorang gadis yang terpengaruh
dengan cara hidup masyarakat Barat menaiki
sebuah bas mini untuk menuju ke destinasi di
wilayah Iskandariah.

Malangnya walaupun tinggal di bumi yang
terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis
tersebut sangat menjolok mata.Bajunya agak
nipis dan seksi hampir terlihat segala yang patut
disembunyikan bagi seorang perempuan
daripada pandangan lelaki ajnabi atau
mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20 tahun. Di dalam
bas itu, ada seorang tua yang dipenuhi uban
menegurnya:
“Wahai pemudi! Alangkah baiknya jika kamu
berpakaian yang baik, yang sesuai dengan
ketimuran dan adat serta agama Islam kamu, itu
lebih baik daripada kamu berpakaian begini yang
pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum
lelaki…. ” nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan
tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan
jawapan yang mengejek:
“Siapalah kamu hai orang tua? Adakah kamu cuba
nak ingatkan aku supaya menutup aurat
sepenuhnya sedangkan bapa kandungku sendiri
tidak pernah menasihatiku?

Apakah kamu mahu aku berpakaian menutup
aurat sedangkan aku masih mahu bebas
menayangkan tubuh badan ku di khalayak ramai?
Apakah di tangan kamu ada anak kunci syurga?
Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang
menentukan aku bakal berada di syurga atau
neraka?”

Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat
menghiris perasaan orang tua itu, gadis itu
tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat
itu, si gadis lantas cuba memberikan telefon
bimbitnya kepada orang tua tadi sambil
melafazkan kata-kata yang lebih dahsyat.
” Jika ISLAM itu BENAR, tempatkan bilikku di
Neraka, Ambil handphone ku ini dan hubungilah
Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik di
neraka jahanam untukku,” katanya lagi lantas
ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui
bahawa dia sedang mempertikaikan hukum Allah
dengan begitu biadab.

Orang tua tersebut sangat terkejut mendengar
jawapan daripada si gadis manis. Sayang sekali,
wajahnya yang ayu tidak sama dengan
perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang
yang lain turut terdiam malah ada yang
menggelengkan kepala kebingungan.

Semua yang di dalam bas tidak menghiraukan
gadis muda yang tidak menghormati hukum-
hakam agama itu dan mereka tidak mahu
menasihatinya kerana khuatir dia akan akan
menghina agama dengan lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba di
perhentian. Gadis seksi bermulut celupar
tersebut tertidur di muka pintu bas. Puas
pemandu bas termasuk para penumpang yang
lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak
sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa
nadi si gadis. Sedetik kemudian dia menggeleng-
gelengkan kepalanya.
Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya
dalam keadaan yang tidak disangka. Para
penumpang menjadi cemas dengan berita yang
menggemparkan itu. Dalam suasana kelam kabut
itu, tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh ke pinggir
jalan. Orang ramai segera berkejar untuk
menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi
mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa
jenazah yang terbujur kaku di jalan raya.
Mayatnya menjadi hitam seolah-olah dibakar api.
Dua tiga orang yang cuba mengangkat mayat
tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka
terasa panas dan hampir melecur sebaik saja
menyentuh tubuh si mayat. Akhirnya mereka
memanggil pihak keselamatan menguruskan
mayat itu.
Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang
menimpa gadis malang tersebut. Apakah
hasratnya menempah sebuah bilik di neraka
dimakbulkan Allah? Na’uzubillah, sesungguhnya
Allah itu Maha Berkuasa di atas segala sesuatu.
Sangat baik kita jadikan iktibar dan pelajaran
dengan kisah benar ini sebagai Muslim sejati.
Jangan sesekali kita mempertikaikan hukum
Allah mahupun sunnah RasulNya s.a.w. dengan
mempersendakan atau mengejek.
Kata kata seperti ajaran Islam tidak sesuai lagi
dengan arus kemodenan dunia hari ini atau
sembahyang tidak akan buat kita jadi kaya dan
seumpamanya adalah kata-kata yang sangat
biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh
alam.
Ingatlah teman, kita boleh melupakan kematian,
tetapi kematian tetap akan terjadi kepada kita.
Hanya masanya saja yang akan menentukan bila
kita akan kembali ke alam barzakh. Janganlah
menjadi orang yang bodoh, siapakah orang yang
bodoh itu?
Mereka itulah orang yang ingin melawan Tuhan
Rabbul ‘alamin. Apabila anda enggan
melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin
melawan arahan Tuhan.
Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan
undang-undang sekolah, dalam pekerjaan anda
tertakluk dengan undang-undang yang dilakar
oleh majikan anda, di dalam negeri anda
tertakluk di bawah undang-undang negara anda.
Begitu taksub sekali anda terhadap undang-
undang itu sehingga terlalu prihatin takut kalau
melanggar undang-undang tersebut . Apabila
anda berpijak di bumi ini, anda juga tertakluk
dengan undang-undang yang telah di gubal oleh
yang pemilik yang menjadikan bumi ini.
Setiap Sultan ada taman larangannya, begitu juga
Allah s.w.t. taman laranganNya adalah perkara-
perkara yang telah diharamkan bagi hamba-
hambaNya di muka bumi ini. Sama samalah kita
memohon agar Allah sentiasa memberi kita
petunjuk di atas jalan yang benar dan agar
Dia memberikan kekuatan agar kita sentiasa
dapat menjaga lidah kita,
Kisah ini dikongsikan dan diceritakan bersama
oleh sahabat saya sendiri yang berasal di
Malaysia dan kini berada di perantauan sana.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar